10 May, 2009

Terima kasih Mak.....

Setelah sekian lama blog ini bersawang,
akhir nyaa saya jenguk juga..saja untuk melepaskan rindu
terasa rindu pula untuk berblog kembali
Hari ini adalah hari ibu..
puisi ini khusus untuk ibu saya

Bonda Hjh Safiah bt Mohd Zain...
Empat kali nyawa dipertarungkan
hanya untuk mendengar tangisan
Bayi digendong menadah tangan
mengharap rezeki dari tuhan

Setelah berdekad masa berlalu
masih terdengar tangisan sendu
Bukan kesal merendah waktu
Malah bersyukur pada Tuhan yang Satu

Emak
Pernah beberapa ketika
di antara kami tidak sekata
Kau hanya memendam rasa
menangis di hati tanpa suara
Cuma airmata deras terus menerpa
hancur hati mu ketika itu tidak terkira

Hatiimu sangat mulia
Lembutmu bak sutera
Tegurmu penuh hikmah..
Marahmu menimbulkan keinsafan
Jarang sekali meninggikan suara
dan di bibirmu sentiasa menguntum senyuman..

Emak
ingin kami menabur kasih
ingin kami membanjir sayang
hidup mu penuh pahit getir
anak-anak mu insaf mengenang

Walaupun segunung intan dilonggokkan
segunung emas berkilauan
Nadimu berdenyut penuh kesyukuran
tapi...tak mungkin jasa mu berbalasan.
Kerana..engkaulah insan teristimewa

kami anakmu... teramat bangga,mak..
mempunyai ibu seperti emak..sungguh kami berbangga
dan
Keempat empat anak-anak mu mendoakan
agar hidupmu,
dunia dan akhirat seterusnya akan aman

Emak
kaulah syurga impian!

08 February, 2008

Renungkan lah

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

petikan dari blog kak Lin

10 January, 2008

Salam awal Muharram



HAPPINESS keeps you sweet,
TRIALS makes you strong,
SORROWS keep you human,
FAILURES keep you humble,
SUCCESS makes you eager,
and PRAYER keeps you going...
Salam awal Muharram,,semuga penghijrahan
kepada yang terbaik Muharram 1429......

01 January, 2008

Good bye 2007 n welcome 2008



Should auld acquaintance be forgot,
and never brought to mind ?
Should auld acquaintance be forgot,
and auld lang syne ?

CHORUS:
For auld lang syne, my dear,
for auld lang syne,
we’ll take a cup o’ kindness yet,
for auld lang syne.

And surely ye’ll be your pint-stoup !
And surely I’ll be mine !
And we’ll take a cup o’ kindness yet,
for auld lang syne.

CHORUS

We twa hae run about the braes,
and pou’d the gowans fine ;
But we’ve wander’d mony a weary fit,
sin’ auld lang syne.

CHORUS

We twa hae paidl’d in the burn,
frae morning sun till dine ;
But seas between us braid hae roar’d
sin’ auld lang syne.

............................*****...................................
selamat tinggal 2007..
Terlalu banyak kenangan manis dan pahit mewarnai kehidupanku.
pada sahabat2 dan teman teman sekelian
Ku pohon jutaan Maaf di atas segala keterlanjuran yang sengaja dan tidak sengaja
juga tersalap tulis yang boleh mengguriskan hati

Pada athin......
tabah dan redha di atas pemergian nya,
kerana setiap yang hidup pasti akan mati
cuma...
kita sentiasa berdoa muga rohnya berada bersama para soleh dan solehin
dan pada mu
tahniah dan syukur kerana dapat KPLI
semuga menjadi pendidik yang berwawasan dan berdedikasi
kenangan bersama mu walaupun seketika tidak akan ku lupakan
kerana itulah antara kenangan termanis yang pernah ku lalui

2008..
Sama sama kita lalui dengan penuh hati hati dan
semuga setiap langkah kita diredhai oleh Nya
sekali kita melakukan kesilapan tidak bererti kita akan mengulanginya lagi
insyaAllah ianya akan jadi panduan pada kita utk melangkah lebih berhati
amiiinnnnnnnn...

31 December, 2007

novel..





Filem Ayat ayat cinta ini akan ditayangkan tak lama lagi,tapi ada sedikit kelainan jika dibandingkan dengan novelnya...
walau apapun sama sama kita saksikan nanti..
Ada sebuah lagi novel dari Habiburrahman El Shirazy iaitu Ketika cinta bertasbih.Latarbelakang nya berkisarkan di mesir juga.Seorang pelajar mesir dari indonesia yang bernama Azam.lanya masih bertemakan kisah cinta yang disulami dengan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.Novel ini ada 2 episod dan dalam 2 buah buku.Sangat menarik untuk dibaca..jadi sesiapa yang berminat,sila lah beli di pasaran sekarang

27 December, 2007

Al fatihah.


.................athin............

Inna lillahi wainna illahi raajiun......

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ya Hayyul Ya Qayyum,
Pada Mu kami memohon,
Pada Mu kami berserah,
dan pada Mu juga kami berharap..

Ya Allah..
Kau ampunkanlah dosa-dosa sahabatku ini,
Kau berikanlah rahmatMu ke atas rohnya,
Kau tempatkan ia bersama orang yang soleh,
Kau lindungilah dia dari seksa kubur...
Ya Allah..
Pada Mu kami meminta, Pada Mu kami berserah, dan Pada Mu jua kami kembali.

Amin Ya Rabbal Alamin

........................athin..........................

The beauty of a woman..

The beauty of a woman is not in the clothes she wears
nor is it in her face or in the way she does her hair
The beauty of a woman resides in her eyes....
it is the door to her heart
the door where love resides
and it is after through her tears that you see her heart go by......








Salam Damai.
Kampanye Damai Pemilu Indonesia 2009.

24 December, 2007

Nilai sebuah pengorbanan



Tika sahabat melukai hatimu,tulislah ia diatas pasir
biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu
sebaliknya tika sahabat membawa kebaikan padamu,
tulislah diatas batu hatimu
agar terpahat utuh walaupun dilanda badai......