10 April, 2007

Boros atau jimat

Seringkali terjadi pada akhir bulan, wang seringkali tidak mencukupi untuk perbelanjaan, ini akan menyebabkan kita mengambil jalan seperti berhutang kad kredit dan juga lain2. Di akhir bulan jugalah kita tertanya2, ke manakah wang kita pergi, walhal pada awal bulan kita telah mendapat bonus, elaun tambahan dan sebagainya.

Di sinilah pentingnya untuk kita menyediakan pelan perbelanjaan, ataupun boleh juga dipanggil ‘cashflow‘. Pelan perbelanjaan ini amat penting untuk kita merancang semua perbelanjaan kita, dan akan memberi kita ‘gambaran’, ke manakah wang kita banyak mengalir keluar. Ianya bukan sahaja untuk golongan yang sudah bekerja, malahan yang masih belajar juga sudah boleh mula menyediakan perbelanjaan setiap bulan.

3 comments:

  1. Anonymous9:18 PM

    perancangan kewangan sememangnya penting untuk masa depan kita...

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:01 AM

    Memang sulit untuk mengendalikan pengeluaran keuangan apalagi kalau kita masih muda, that's the time when we always want to have fun all the time! That's natural. Tetapi inshallah semakin kita beranjak tua kita akan semakin bijaksana dan lebih pandai dalam mengatur keuangan.

    ReplyDelete
  3. salam..

    mmg penting sangat-sangat utk berjimat. masa senang memang la tak nampak kepentingan berjimat. selalu boros je. bila dah terdesak baru la kalut. ingatan utk diri sendiri sebenarnya ni.

    ReplyDelete