22 May, 2007

Aku kehilangan lagi



Dulu aku kehilangan sepupu tersayang,,sekarang
Jam 230 petang, kau pula telah meninggalkan dunia ini,
di kala itu...
aku jadi tidak senang duduk
dek kerana berita tentang tenat nya dirimu,
mengganggu benak fikiran ku,
panggilan demi panggilan..
memberitahu perkembangan dirimu,
membuatkan aku rasanya ingin terbang ke sisimu,
untuk bersama2 merasai azab dan derita dirimu pada ketika itu,

Aku telah cuba sedaya upaya untuk cepat berada di sisimu,
dan aku tidak dapat menahan air mata
apabila mengetahui kau telah tiada
pada ketika itu
aku menangis seadanya..

apabila sampai di hospital
ku seakan2 tidak percaya kau telah pergi,
aku mengucup dahi mu nek,
rasanya semangat ku telah pergi bersamamu,
kau pergi dalam tenang,membawa seribu macam kenangan
dan aku..
cuba menahan sebak di dada
tapi akhirnya
tertumpah juga sewaktu kau hendak dikapankan..

nenek..
ku tersangat rindu pada mu ..
aku rasa longlai bila terkenangkan dikau
sudah hilang orang yang sentiasa memberi nasihat padaku
aku rasa amat "kosong" nek..

Namun , aku tau..setiap yang hidup pasti akan kembali
cuma
kenangan bersama mu akan tetap segar di ingatanku
hanya al-fatihah yang mampu aku hadiahkan
supaya roh kau sentiasa dicucuri rahmat oleh Nya
ku mendoakan kebahagiaan dirimu di alam "sana".

6 comments:

  1. Anonymous9:22 AM

    setiap permulaan pasti ada akhirnya
    setiap pertemuan pasti ada perpisahan
    begitu juga dgn mati
    setiap yang bernyawa akan menemui
    kematian,
    sabar ya sha,kerana Allah lebih menyayanginya

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:32 PM

    sedihnya kehilangan orang yg sgt dikasihi..
    semoga Allah sentiasa tabahkan hati aisha...
    aisha,,,,
    sabarlah ye...
    banyakkan bersabar..
    Allah bersama orang2 yang sabar..
    semoga nenek aisha ditempatkan bersama orang2 yang beramal soleh..ameen
    semoga kita dapat bertemu kembali dengan orang2 yg kita sayang di syurga kelak...ameen
    take a great care ...

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:43 AM

    Assalammu'alaikum sis sha, afwan karena telat mendapatkan berita kepergian nenek....Terasa pedih dan pilu tatkala orang yang kita kasihi dan cintai pergi dan tak kan kembali lagi. Tapi, inilah jalan yang selalu akan kita jumpai di dunia ini...Ada saat bersama dan ada pula saat berpisah. Semoga dengan jalan ini, dapat menghantarkan diri kita menjadi insan yang kuat, tabah dan tawakal. Sesungguhnya Allah menyanyangi orang-orang yang sabar.Semoga sis sha dan keluarga dapat senantiasa sabar menerima setiap ujian yang Allah berikan sebagai bukti cinta Nya pada kita.InshaAllah.

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:44 AM

    Assalammu'alaikum sis sha, afwan karena telat mendapatkan berita kepergian nenek....Terasa pedih dan pilu tatkala orang yang kita kasihi dan cintai pergi dan tak kan kembali lagi. Tapi, inilah jalan yang selalu akan kita jumpai di dunia ini...Ada saat bersama dan ada pula saat berpisah. Semoga dengan jalan ini, dapat menghantarkan diri kita menjadi insan yang kuat, tabah dan tawakal. Sesungguhnya Allah menyanyangi orang-orang yang sabar.Semoga sis sha dan keluarga dapat senantiasa sabar menerima setiap ujian yang Allah berikan sebagai bukti cinta Nya pada kita.InshaAllah.

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:25 PM

    assalamualaikum sha

    Sha kuatkan semangat dan banyakkan berdoa supaya roh nenek sha bersama-sama orang yang soleh. Sha, kak Husna faham perasaan sha bila sha kata terasa kosong dan kehilangan. Kak Husna pernah juga melalui apa yang sha rasa... insha Allah sha, ia mengambil masa. Sha jangan lupa memperbanyakkan amalan dan sedekahkan pada nenek sha.

    Kak Husna rindu juga pada sha...hari ni sedih juga dapat ol sekejap aje. Kak Husna kat kampung...susah sikit nak ol. Tapi Kak Husna akan tetap keep in touch dengan sha. Kak Husna ucapkan takziah. Sha kuatkan semangat dan Sha sendiri banyakkan amalan-amalan supaya dapat menguatkan diri sendiri ya sha.

    Sayang sha...dari kak Husna

    ReplyDelete
  6. Anonymous6:42 PM

    terkejut bila mengentahui tentang kematian nenek yang di sayangi.Tabahkan hati dan aisha...
    walau apa pun terjadi saya tetap setia menanti dengan penuh kesabaran.
    Awak seperti bunga yang di pagari duri,cuma mampu menikmati kecantikan dari jauh tapi sukar sekali untuk memetiknya

    ReplyDelete