18 May, 2007

untuk lepaskan stress..


Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"
---------------------------------------------------------------------------------
Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.
"Seribu ringgit," jawab lelaki itu dengan bangga.

"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan Asli. Dimana awak beli?"

Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab,
"Disinilah!"
----------------------------------------
Selepas berjaya mencuri tiga ekor ayam, seorang pencuri segera pergi mendapatkan seorang pembeli ayam.
"Saya hendak menjual ayam-ayam ini," katanya.
"Dari mana kamu dapat?" Tanya pembeli ayam.
"Saya mencurinya," jawab pencuri itu.
"Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah disisi undang-undang dan berdosa disisi agama?"
"Saya tahu," jawab si pencuri," sebab itulah saya tak mahu simpan ayam-ayam ini."