30 April, 2007

sawah padi-saujana mata memandang


Teringinnya nak tinggal di sini,,sungguh cantik pemandangannya

terima kasih Allah

Kadang kadang Allah hilangkan sekejap matahari,
Dia datangkan pula kilat dan petir,
puas kita menangis mencari mana matahari,
rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah

22 April, 2007

Bergurau senda

DALAM pergaulan sehari-hari, kita tidak boleh terlepas daripada bergurau. Malah bergurau itu hampir disenangi oleh setiap orang. Bergurau diibaratkan bunga dalam pergaulan dan pengubat ketika duka.

Ada orang beranggapan dengan suka bergurau wajah seseorang itu kelihatan ceria, muda dan tenang. Berbeza pula dengan orang serius dan pendiam, mereka kelihatan murung dan agak tua walaupun umur masih muda.

Tanggapan itu hanya sepintas gambaran mengenai perbezaan antara orang suka bergurau dengan orang tidak suka bergurau.

Gambaran seperti itu tidak dapat dijadikan suatu panduan kekal. Ramai juga yang tidak suka bergurau, namun masih juga kelihatan muda, ceria dan tenang.

Dalam Islam, bergurau tidak dilarang asalkan ia gurauan yang haq (benar).

Sebaliknya jika gurau itu sengaja dimaksudkan untuk membuat orang lain tertawa atau supaya ditertawakan, maka sudah tentu ia dilarang.

Rasulullah bersabda bermaksud, “Sesiapa berbicara dengan sesuatu perkataan sehingga perkataan itu menjadikan sahabatnya tertawa, nescaya Allah akan menyeksa kelak di neraka.” (Tanqih al-Qaul, halaman 54

19 April, 2007

Bersolek mengikut islam

Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:

Apabila menghadap cermin bacalah:

  1. Selawat 3 X
  2. Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.

Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan

  1. Mulut
  2. Hidung
  3. Mata
  4. Dahi

Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke

  1. Mulut
  2. Hidung
  3. Mata
  4. Dagu

15 April, 2007

Amalan waktu mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga

**************************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

10 April, 2007

Boros atau jimat

Seringkali terjadi pada akhir bulan, wang seringkali tidak mencukupi untuk perbelanjaan, ini akan menyebabkan kita mengambil jalan seperti berhutang kad kredit dan juga lain2. Di akhir bulan jugalah kita tertanya2, ke manakah wang kita pergi, walhal pada awal bulan kita telah mendapat bonus, elaun tambahan dan sebagainya.

Di sinilah pentingnya untuk kita menyediakan pelan perbelanjaan, ataupun boleh juga dipanggil ‘cashflow‘. Pelan perbelanjaan ini amat penting untuk kita merancang semua perbelanjaan kita, dan akan memberi kita ‘gambaran’, ke manakah wang kita banyak mengalir keluar. Ianya bukan sahaja untuk golongan yang sudah bekerja, malahan yang masih belajar juga sudah boleh mula menyediakan perbelanjaan setiap bulan.

08 April, 2007

TEXT DOCUMENT


Siang tadi, ketika sedang mencari sesuatu,
dalam "hardisk"laptop lama
Tetiba terjumpa 'satu text document'
yang mengandungi satu perbualan....

Lalu aku pun membukanya...
Terasa begitu sebak yang amat sangat:((

Air mata tetiba saja mengalir dengan
derasnya tanpa di paksa paksa..

Teringat kembali peristiwa yang menjadi titik hitam dalam hidup ku
Sedih,geram datang silih berganti. Semakin lama aku membacanya
Semakin deras air mata ni mengalir,dalam sedu dan sedan.

Fikiran ku mula melayang pada peristiwa itu....
peristiwa yang terlalu sukar untuk aku lupakan
ketika itu aku menduduki peperiksaan
kertas akhir bagi final semester ku

walau apa pun
biarlah ianya menjadi pengajaran yang amat berguna pada diriku
yang boleh mematangkan dan
mendewasakan kehidupan ku
dan,,
Ya Allah

janganlah hendaknya engkau jadikan aku sebagai pendendam
sebaliknya jadikan aku sebagai seorang yang pemaaf
yang mudah memaafkan kesalahan orang lain
yang sentiasa berhikmah walaupun ianya sukar untuk di laksanakan
yang sentiasa tersenyum walaupun ianya amat pahit sekali

Jika kau suka memberi maaf kpd org lain....

dan berlapang dada dlm apa juga keadaan,
maka kau akan memperoleh kemuliaan dunia dan akhirat.

Seperti janji Allah S.W.T.,
"Dan sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang)

dan berbuat baik (kepadanya) maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah
(Surah Asy-Syura:40)









06 April, 2007

PILIHAN ALLAH

Bariskan harapan pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan untukmu.
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada orang yang terpilih itu,
melainkan pada jalan yang kaupilih.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu
menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat orang-orang beriman memberi semua cinta dan menerima cinta.

03 April, 2007

be silence please...

Biarkan orang lain silap mentafsir
Asalkan kita tau apa yang kita katakan..
cuma,
jangan di lawan perbuatan dengan perbuatan
juga kata kata dengan kata kata
dan jangan pula tulisan dengan tulisan
kerana,,
kadang mendiamkan diri lebih baik
Ia adalah senjata yang paling berkesan.
so..
Just keep silence pleasee
cos sometimes silence is ....
powerful than talks.