18 December, 2006

Bercanda?

Termagu, malu..bila seorang sahabat memberi komen tentang konferen yang di adakan sekali pada setiap minggu.Katanya"terlalu banyak gurau senda dan bercanda dalam majlis tu.Lalu aku teringat kata kata seorang ustaz,kalau banyak bercanda akan melemahkan jiwa,hilang kekusyukan dalam sembahayang.
Janganlah kamu banyak tertawa, karena banyak tertawa itu dapat mematikan hati.” (HR. Tirmidzi)...“Sederhanalah engkau dalam bergurau, karena berlebihan dalam bergurau itu dapat menghilangkan harga diri dan menyebabkan orang-orang bodoh berani kepadamu, tetapi meninggalkan bergurau akan menjadikan kakunya persahabatan dan sepinya pergaulan.” (Sa’id bin Ash)
Semuga kita sama sama mendapat menafaatnya,semuga majlis taalim yang di adakan mendapat keberkatannya,kerana sesungguhnya Ya Allah..kami adalah orang yang lemah,sentiasa saja melakukan kesilapan,bimbinglah kami dan cepatlah sedarkan kami andai kata kami tergelincir dari landasanMu,,amiin amiin

14 December, 2006

Ujian hidup

HIDUP kita memang penuh dengan dugaan dan ujian.Sesungguhnya apa saja yang ditakdirkan menimpa diri kita, mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu.Dalam menghadapi ujian atau musibah yang melanda diri, kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa bersabar dan menerimanya dengan hati terbuka serta penuh reda.
Dalam kitab Jami’ al-Tirmizi disebutkan bahawa Rasulullah bersabda: “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah”.
Inilah panduan yang cukup berharga untuk diri kita agar kita dapat mengatasi setiap dugaan dengan penuh ketakwaan dan kebijaksanaan.Sesungguhnya Allah tidak menimpakan musibah itu untuk memusnahkan diri kita dan bukan untuk menyeksa kita.

Sebaliknya, ia semata-mata bertujuan menguji kesabaran dan keredaan, menguji kadar keimanan, mendengar permohonan ampun dan taubat selain melihat bagaimanakah caranya kita mengetuk pintu rahmat-Nya dengan hati yang khusyuk serta tangan menadah, memohon dipermudahkan laluan seterusnya.
Renungilah kata-kata Abdul Kadir al-Jailani kepada anaknya: “Wahai anakku, sesungguhnya musibah itu datang bukan untuk merosakkan dirimu tetapi untuk menguji kesabaran dan keimananmu. Wahai anakku, takdir ialah seperti binatang buas dan binatang buas tidaklah memakan bangkai”.

11 December, 2006

SYUKUR

Syukur

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas nabi Muhammad ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenag hidup sejahtera
Marilah amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur Alhamdulillah
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan


Senilagu : Nasser
Senikata : Ain
Hakcipta Senilagu & Senikata : Fret Publishing & Raihan Cipta

04 December, 2006

hari ulang tahun

Kelmarin, 3rd december adalah tarikh yang amat bermakna bagiku
tarikh aku dilahirkan di dunia ni
terima kasih emak dan ayah kerana membesarkan along dengan baik
memberi pendidikan yang amat sempurna
dan sentiasa memberi perhatian pada along
terima kasih juga dengan hadiah yang di berikan:)
doakan agar along menjadi orang yang terbaik di kalangan orang yang terbaik
dan semuga sentiasa di sayangi :)

Juga begitu terharu bila mendapat ucapan dan doa doa untuk hari ulang tahunku
terima kasih kerana masih mampu meluangkan masa untuk " wish" pada tepat 12 malam
kad ucapan dan sms yang di terima amat amat di hargai
tak apalah tak dapat special hadiah pun tapi yang penting ingatan
tidak ada yang dapat ku katakan kecuali ucapan terima kasih tak terhingga:)
terima kasih terima kasih :)

21 October, 2006

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI



Ramadhan akann berakhir dalam 1-2 hari lagi,,bersyukurlah kerana kita masih di beri kesempatan untuk sama sama melalui bulan yang penuh berakah ini,Semuga ramadhan kali ini adalah yang terbaik yang pernah kita tempuhi,,
Hmmm,,ingat lagi bila akhir ramadhan ini ketika zaman belajar dulu,,berebut tiket bas nak balik kampung sampai ada yang tidur di stesen bas..ada lak yang nangis nangis kerana tiket dah habis,,cam cam ,,bila ingat ingat balik,memang lucu..
Walau apa pun,,di mana jua kelian berada sekarang,,MAAF DZAHIR DAN BATIN..
semuga di berkati oleh Allah sentiasa,,dan kalau ada berita gembira,,khabar khabarkan lah yaa,,jangan dilupakan saya yang di sini,InshaAllah walau jauh pun,,kalau ada jemputan akan saya cuba tunaikan..Bagi ash,,sekarang sudah menempuh alam baru..tentu ada kelainan ya menyambut hari raya kali ni:)Raya balik rumah siapa dulu?:)

19 October, 2006

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

18 October, 2006

Jadilah seperti pohon semalu


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

17 October, 2006

Malam Lailatul Qadar



PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR

13 October, 2006

NASIHAT UNTUK WANITA MUSLIMAH


NASIHAT UNTUK WANITA MUSLIMAH
(khusus untuk sahabat tersayang-kebahagianmu adalah kebahagianku juga)


Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak
perempuan ‘Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak
membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya
berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-


“Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu,
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya.
Tetapi!
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman kepada yang berakal.

Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya,
Nescaya,
tidak perlu bagimu seorang suami,
dan kau terlalu berharga bagi kami.

Tetapi!
Wanita dicipta untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita.

Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal
Yang belum kau biasa

Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Jadilah teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia

Relakan hatimu
sekadar yang ada
semoga suci hatimu
dengan taat setia

Dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu.

Jauhkan dirimu
dari segala yang jelek
yang dihidu atau dipandang mata

Juga awasi gerak lakumu
agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi.
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkit berahi

Dan…
Air cukup memada
Bagi yang tiada

Jaga masa makannya
Juga waktu tidurnya
Kerana…
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu
Di kala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu
Di kala dia bergembira

Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebabkan pertama
Hilang suasana disebabkan kedua…

Hulurkan tanganmu…
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulur kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkan

Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasihmu, kasihlah dia
Bencimu, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.

Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu.”

Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu
telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah
memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah
negeri Yaman selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status
wanita-wanita yang memiliki kelebihan.

Sumber: Al-Mustanir

10 October, 2006

LAILATUL QADAR



The Qur'an was revealed to Prophet Muhammad (pbuh) in one night during Ramadan. It is called the night of Power (Lailat-al Qadr). The deed in this night is better than the rewards of deeds of 1,000 months (about 83.3 years).

Specifically, this night is in the last ten days of Ramadan and usually in one of the odd days (i.e. 21, 23, 25, 27 and 29th). A Muslim is expected to perform extra prayers (Nafelah), recite the Qur'an, do zikr in the night. Since no one knows precisely which of the odd days is Lailat al-Qadr. Muslims are expected to be in seclusion (Etikaf) during the last 10 days of Ramadan and the best place to do so is in the Masjid.

It should be mentioned that Angels descend in succession during the Lailat al-Qadr and they go round with special greeting of "peace" till dawn. The number of these angels is uncountable and they descend with special command of Allah.

The following chapter of the Qur'an details the event of Lailat al-Qadr:

Indeed we have revealed it (Qur'an) in the night of Power is “lailat al-qadr. And what will explain to you what the night of Power is? The night of Power is better than a thousand months. Therein descends the Angels and the Spirit by Allah's permission, on every errand: (they say) Peace (continuously) till the rise of Morning![Qurأ¢â‚¬â„¢an 97:1-5]

Thus, Any Muslim who wishes to benefit from the Night of Power must fast during the month of Ramadan.

09 October, 2006

miracles of islam

KENAPA KITA DIUJI

KITA BERTANYA : Kenapa AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : Kenapa rasa FRUST?
QURAN MENJAWAB

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWABKITA BERTANYA

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"
... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

07 October, 2006

Brothers - Untukmu Teman


sahabat sekelian,
Pertemuan dengan kalian memberi rahmat dan banyak menafaatnya.
Terima kasih di atas segalanya.

Sahabat,
nasihatilah jika didapati perjalanan hidupku pincang,
tegurlah jika didapati kelakuanku menjelekkan mata,
Luahkanlah jika terasa jemu dengan tuturkataku
katakanlah jika bosan kerana sentiasa diajak untuk berbicara,,,

Berterus teranglah..
supaya dapat ku perbaiki perjalanan hidup ku kelandasan yang betul
supaya sifat sifat mazmummah dapat ku kikiskan dengan sebaiknya
supaya aku mengentahui " too much talk" akan membuat kawan jemu dan bosan,
supaya aku "alert" bahawa ada waktunya sahabat tidak boleh di ganggu
maafkan lah ...

sesungguhnya,
kejujuran,keikhlasan dan berkata benar adalah teras dalam persahabatan
Oleh itu
berkata benarlah walaupun pahit untuk di telan,
nasihatilah kerana seorang sahabat pasti mahu melihat sahabatnya menjadi orang yang baik.
namun,,, walau apa pun,,
Berjanjilah sahabat, ukhuwah antara kita untuk selama-lamanya.......



p/s..rindunyaa,dengan sis dee n thanks nur,,4 ur supporting n goood advice

03 October, 2006

Gurauan yang dituntut oleh islam

Gurauan Yang Dituntut Oleh Islam

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka. Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai 'al-mizah'. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud; "Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia." (Hidayatus Salikin: 170). Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa.

Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh 'menanggalkan' hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; "Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun." Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.

Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.

Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah bersabda bermaksud; "Malu adalah cabang daripada iman." Dalam sabda lain, baginda menyatakan; "Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya." Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud; "Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya." (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.







Salam Damai.
Kampanye Damai Pemilu Indonesia 2009.

07 September, 2006

aisha's blog

aisha's blog
Selamat menempuh alam baru
semuga berbahagia sampai bila bila
tapi jangan lupa dengan persahabatan kita yaaa...
biarlah ianya mekar seharum bunga..
dan kenangilah kenangan kenangan manis
yang pernah kita lalui bersama,,

JAGALAH IA SEBAIK MUNGKIN DAN JADIKAN DIRI SEBAGAI WANITA SOLEHAH YANG
MENGHARAPKAN KEREDAAN SUAMI DAN ILAHI SEMATA,,

12 May, 2006

SAHABAT......



Sahabat yang sejati ...
akan menunggu dan menanti...
resah dan rindu silih berganti...
Sahabat yang sejati ...
akan selalu menasihati...
mengasah hati...
menghantar salam menerima salam ...
memaafkan kesalahan.

Sahabat sejati...
akan selalu mengingati...
air mata selalu mengiringi...
senyum tika kau mengunjungi...
akan menitis lagi...
tika memerhati kau telah pergi lagi.

Sahabat sejati ...
tetap menanti..
kerana hati yang telah disatukan Ilahi...
dalam ukhwahNya yang suci...
dan abadi hingga akhir hayat nanti.







Salam Damai.
Kampanye Damai Pemilu Indonesia 2009.

26 April, 2006

TANDA TANDA KEMATIAN

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.






Salam Damai.
Kampanye Damai Pemilu Indonesia 2009.

25 April, 2006

Renungkan lah.........

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini:
anda dapat mengedipkan mata anda,
menggerakkan badan anda,
berbicara, tertawa;
semua ini merupakan fungsi tubuh anda.
Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati
Dimulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “selonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat.
Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan . Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.
Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berbeda yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong.
Setelah pemakaman, sebagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah: baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya.
Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan kepergian anda. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setelah anda dimakamkan, maka bakteria-bakteria dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi dikarenakan ketiadaan oksigen.
Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung dikarenakan tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas.
Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka
Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya.
Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan.
Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.

22 April, 2006

AISHA'S BLOG


Entah kenapa hati ini tiba tiba terasa begitu tersentuh sekali...semakin kuat untuk membendungnya semakin memberontak sifat mazmummah menyerlahkan dirinya.
Akhirnya terkeluarlah segala galanya...
Teman...
Maafkanlah.... kerana menjadikan engkau sebagai sasaran kemarahanku...
Maafkanlah kerana terlalu banyak menyusahkan selama ini..
dan terima kasih kerana cukup memahami di kala itu...
Mungkin kerana kita mempunyai beberapa persamaan
mudah untuk engkau mengesan perasaanku
walaupun kerapkali aku cuba menafikannya
tapi kali ini,,,aku gagal....aku tonjolkan sepuasnya
untuk tatapan kau,
untuk engkau mengerti perasaan ku dikala itu
maafkan segala galanya...

Bukan sengaja untuk ku pamirkan kelemahanku
telah ku cuba sedaya mungkin tapi akhirnya aku gagal.....
Rupanya...
bukan senang untuk menjadi insan yang baik
bukan mudah untuk berlapang dada
dan bukan mudah untuk mengekang perasaan

Tuhan..
aku kalah lagi dalam melawan nafsu jahat ini
aku tewas lagi ,,,,
bantulah hambamu ini
supaya menjadi manusia yang lebih baik
supaya menjadi insan yang lebih cekal
supaya menjadi manusia yang berlapang dada
supaya menjadi manusia yang boleh menerima seadanya
padaMu ku pohonkan
Ya Allah......
perbaikilah akhlakku
perkemaskan tingkah lakuku
agar ,,,,perjalanan ku tidak pincang
agar perjalanan ku tidak tersekat....
ameeen.....ameen,,

21 April, 2006

DIET MAKAN

KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesahdan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terl alu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelihmengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana,tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan airliur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan kedalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dariwuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atauminuman, hendaklah anda tenggelamkankeseluruhan badannya kedalam makanan atau minuman itu, kemudianambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racunlagi/sudah selamat digunakan.Ingat, jangan membazir, orang yang membazir ituadalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedangmenggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makananyang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atauyang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah ataudukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan keranamendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyangselepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukankerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikansembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengankeadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk danbersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlahsebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan disebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian darimula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
IDilarang tidur di siang hari di dalam keadaancuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenagasyahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di ataskatil setelah jaga dari tidur sebelum turun darikatil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagisebelum bersarapan tetapi jangan selepas sajabangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak matadengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang sebamasam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang/salib.
3) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
4) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
5) Banyak menangis.

''...Allah matlamat kaMi, Rasulullah pemimpinkaMi, Al-Quran peGangan kaMi,maTi sYahid ciTa-ciTa kaMi...''






Salam Damai.
Kampanye Damai Pemilu Indonesia 2009.

WASIAT IMAM HASAN AL BANNA

Wasiat Imam Hasan al-Banna

Wahai kawanku,segera tunaikan solat pada awal waktu,ketika mendengarazan,usahakan semampu terdaya(utk bersembahyang). Ini membuktikan kesungguhan anda. Disitu ada sumber kejayaan,pertolongan dan taufiq.perhatikan, byk perintah ayat al-Quran dimulakan dgn menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat walaupun di medan perang dan pada saat genting serta cemas.
Wahai kawanku,bacalah al-Quran dan perhatikan mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu,walaupun sedikit. Kurangkan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kpd anda dan saya.Bacalah al- Quran kelak ia akan memberi syafaat.Sentiasalah membaca,menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir.Disini ada ketenteraman,ada kedamaian dan ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera.
Wahai kawanku,dorongkan diri anda menguasai bahasa al-Quran.Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermulaiaitu sejak anda solat setiap hari.Sebut dulu walaupun tak paham.Antara malapetaka pertama menimpa umat kita adalah kecuaian menguasai bahasa agamanya.Juga mengutamakan bahasa pasar. Ayuh! Apa tunggu lagi! Bukalah ruang walaupun seminit.
Wahai kawanku,usah bertarung idea tanpa adab. Berdebat jika ada berbuahkan kebaikan. Awasi pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitan namanya.
Wahai kawanku, senyum selalu tetapi beserdehana lah dalam ketawa.Rasulullah saw paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya,tetapi berpada-pada sahaja. Wahai kawan,Plato berharap pementasan hiburan tidak bermutu dan terlalu banyak ketawa bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing. Aristotle berpendapat belia ditegah menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular keburukan dalam diri.
Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorg penyair: "Rehatkan jiwamu yang sibuk dengan berfikir,ubatinya dengan bergurau,tetapi kalau mengubatinya dengan bergurau,mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam dalam gulai".
Wahai kawanku, kawal nada suaramu setakat diperlukan pendengar di depanmu. Jangan berlebihan sehingga kata-kata kita menyakit hati orang lain. Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai. Surah al-Isra' memberi tips kepada kita: "Jangan keraskan suaramu dalam solat tetapi jangan pula merendahkannya. Cari jalan tengah diantara keduanya."
Wahai kawanku,usah umpat-mengumpat. Usah merendahkan pertubuhan lain. Bercakap jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat.Tidak sekali mencabuli jemaah yang lain.Perkataan kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka. Tetapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang mati? Sesekali tidak. Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubat la jika anda mengumpat,tetapi mesti minta ampun terhadap orang yang umpatanmu bersama. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie, iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi,untuk menghapuskan kemungkaran,untuk memberi amaran kepada Muslim mengenai kejahatan, dan untuk mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
Wahai kawanku,luaskan interaksi mu dengan umat manusia, sekalipun mereka tidak diminta berbuat demekian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkan salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa,lapisan dan darjat datang berkunjung. Bersama-sama mereka menjunjung obor suci tidak mengenali tetapi tidak sepi.
Wahai kawanku,maksimumkan faedah waktu anda dan tolong orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkan masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual.








Salam Damai.
Kampanye Damai Pemilu Indonesia 2009.

KHAS UNTUK INSAN TERSAYANG

Khas buat insan teristimewa¡­

Tertanam naluri keibuan...amat mendalam..
Dijiwa insan yang mendambakan kebahagiaan...
Oh...ibu....
Di bahumu tergalas beban..
Perjalananmu penuh rintangan...
Kau titipkan kasih sayang...
Sejujur pengorbanan...
Takku nafikan....!

Di saat kita berjauhan...
Rasa ingin ku berlari...
Mendakapimu penuh girang...
Bak si kecil kehilangan....
Kau insan penyayang...
Betapaku merindu...
Lembutnya belaian ibu...
Membuatku terlena...

Ku...pastikan dikau aman...
Dikurnia sejahtera...
Takku lupakan....
Diwajahmu.....berolak tenang...
Kebak di dada kau rahsiakan....
Kupastikan...dikau aman....
Dikurnia sejahtera....takku lupakan.....!

Di saat kita berjauhan...
Rasa ingin ku berlari...
Mendakapimu penuh girang...
Bak si kecil kehilangan...
Tiada aku tanpa ibu...
Hanya kau satu di dunia...
Bertakhta dikau dijiwaku...
Kaulah ibu yang tercinta....
Kau insan pengasih....betapa ku mengharap....
Hadirnya restumu ibu......
Membawaku ke syurga.....

Bersemi.....belaian kasih sayang nan berpanjangan...
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan....
Anak-anakmu...
Oh ibu......


Sesungguhnya tidak ada yang lebih indah...
Melainkan dapat bertemu denganmu....
Betapa ingin ku dakap dirimu...
Betapa ingin ku kucup tanganmu....
Yang selama ini sentiasa menadah tangan berdoa untukku...

Kuingin kau tahu ibu....
Tak kira walau di mana kau berada....
Tak kira di mana ku belayar....
Dirimu tetap di hatiku....
Selamanya.....






Salam Damai.
Kampanye Damai Pemilu Indonesia 2009.

17 April, 2006

aisha's blog

keberkatanMu..
Hari ini tak ke kampus,,,sekarang tengah study week.Minggu depan bermulalah pertarungan ku dalam peperiksaan dan 2 minggu lagi inshaALLAH,berakhirlah status ku sebagai seorang pelajar,,Akan melangkahlah aku kealam yang lebih mencabar,,alam kehidupan yang realiti.Gembira kerana aku dapat menghabiskan pengajian ku dengan jayanya tapi sedih kerana terpaksa meninggalakn alam persekolahan dan meninggalkan kawan kawan seperjuangan,,dapatkan ku lalui dengan baik? adakah aku akan hanyut dengan kehidupan dunia.Dikampus..sahabat seusrah selalu memberi peringatan andaikata aku tergelincir tapi,,,....
Kenapa perlu ku risaukan,,,kemana saja aku pergi,,aku tidak akan keseorangan,,,ALLAH sentiasa menemaniku. Oleh itu YA ALLAH bantulah hamba mu ini,,Jangan sesekali engkau biarkan aku meraba raba dalam kegelapan,,pandulah hambaMu ini ya ALLLAH,,,,tiada yang lain melainkan Engkau Ya ALLAH aku memohon panduan,,

11 April, 2006

aisha's blog

aisha's blog

YA ALLAH....


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu,,,
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cinta ku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu...
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu...
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hati-Mu...
Ya Rabbul izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu...
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu...
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu..
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu..
Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu...
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati hati ini
telah terhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa dalam taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu
dan telah terpadu dalam membela syariat-Mu,
penuhilah hati hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada dada kami
dengan limpahan keimanan...
Amiinnn...Amiiinnn...
Ya Robbal Alamiinnnn.............