11 October, 2007

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI

Ketulusan memaafkan, akan membawa Idul Fitri lebih bermakna... mari kita sucikan hati....kita buka lembaran baru. SELAMAT IDUL FITRI, mohon maaf lahir & batin

05 October, 2007

Poligami

Sabda Rasulullah S.A.W
( Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi )
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, sesiapa yang mempunyai dua orang isteri lalu memberi kepada seorang daripada kedua-duanya, dia akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dengan bahunya berat sebelah.

Akibat poligami yang tidak mengikut syariat Allah:

* Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.
* Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.
* Pembawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.
* Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.

Sabda Rasulullah S.A.W
( Riwayat Aby Daud,Tarmizi, Nasai Ibnu Majah )
Maksudnya : Daripada Aisyah r.a telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W membahagikan giliran sesama isterinya dengan adil dan baginda berdoa: “ Ya Allah! Ini bahagian aku yang dapat aku laksanakan kerana itu janganlah Engkau cela aku tentang apa-apa yang Engkau kuasai sedangkan aku tidak menguasainya “. Berkata Abu Daud : maksudnya ialah ‘hati’.