Dulu aku kehilangan sepupu tersayang,,sekarang
Jam 230 petang, kau pula telah meninggalkan dunia ini,
di kala itu...
aku jadi tidak senang duduk
dek kerana berita tentang tenat nya dirimu,
mengganggu benak fikiran ku,
panggilan demi panggilan..
memberitahu perkembangan dirimu,
membuatkan aku rasanya ingin terbang ke sisimu,
untuk bersama2 merasai azab dan derita dirimu pada ketika itu,
Aku telah cuba sedaya upaya untuk cepat berada di sisimu,
dan aku tidak dapat menahan air mata
apabila mengetahui kau telah tiada
pada ketika itu
aku menangis seadanya..
apabila sampai di hospital
ku seakan2 tidak percaya kau telah pergi,
aku mengucup dahi mu nek,
rasanya semangat ku telah pergi bersamamu,
kau pergi dalam tenang,membawa seribu macam kenangan
dan aku..
cuba menahan sebak di dada
tapi akhirnya
tertumpah juga sewaktu kau hendak dikapankan..
nenek..
ku tersangat rindu pada mu ..
aku rasa longlai bila terkenangkan dikau
sudah hilang orang yang sentiasa memberi nasihat padaku
aku rasa amat "kosong" nek..
Namun , aku tau..setiap yang hidup pasti akan kembali
cuma
kenangan bersama mu akan tetap segar di ingatanku
hanya al-fatihah yang mampu aku hadiahkan
supaya roh kau sentiasa dicucuri rahmat oleh Nya
ku mendoakan kebahagiaan dirimu di alam "sana".