10 May, 2009

Terima kasih Mak.....

Setelah sekian lama blog ini bersawang,
akhir nyaa saya jenguk juga..saja untuk melepaskan rindu
terasa rindu pula untuk berblog kembali
Hari ini adalah hari ibu..
puisi ini khusus untuk ibu saya

Bonda Hjh Safiah bt Mohd Zain...
Empat kali nyawa dipertarungkan
hanya untuk mendengar tangisan
Bayi digendong menadah tangan
mengharap rezeki dari tuhan

Setelah berdekad masa berlalu
masih terdengar tangisan sendu
Bukan kesal merendah waktu
Malah bersyukur pada Tuhan yang Satu

Emak
Pernah beberapa ketika
di antara kami tidak sekata
Kau hanya memendam rasa
menangis di hati tanpa suara
Cuma airmata deras terus menerpa
hancur hati mu ketika itu tidak terkira

Hatiimu sangat mulia
Lembutmu bak sutera
Tegurmu penuh hikmah..
Marahmu menimbulkan keinsafan
Jarang sekali meninggikan suara
dan di bibirmu sentiasa menguntum senyuman..

Emak
ingin kami menabur kasih
ingin kami membanjir sayang
hidup mu penuh pahit getir
anak-anak mu insaf mengenang

Walaupun segunung intan dilonggokkan
segunung emas berkilauan
Nadimu berdenyut penuh kesyukuran
tapi...tak mungkin jasa mu berbalasan.
Kerana..engkaulah insan teristimewa

kami anakmu... teramat bangga,mak..
mempunyai ibu seperti emak..sungguh kami berbangga
dan
Keempat empat anak-anak mu mendoakan
agar hidupmu,
dunia dan akhirat seterusnya akan aman

Emak
kaulah syurga impian!