30 March, 2007

LUKA DIHATI

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.
Dia tidak dapat mengawal kemarahannya
walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Bapanya telah menghadiahkan nya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah di tembok batu ini,
bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak
37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya
dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya pemuda itu dapat mengawal kemarahannya.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya
mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku
setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari,
akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata....

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku,
tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut,
tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf
dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada."


Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan
berlubang di dinding
hati anda.....

4 comments:

  1. luka di hati, siapa yg tahu kan...
    harap2 tak pernah meninggalkan kesan berlubang di hati aisha..
    jaga diri...hiasi peribadi :)

    ReplyDelete
  2. :D bagus artikel ya

    p/s berilah komen yang membina supaya tidak menjejaskan blog ni

    ReplyDelete
  3. setiap manusia pasti melakukan kesalahan, jadi tidak perlu bimbang kerna setiap orang tidak ada yang sempurna

    ReplyDelete
  4. Memaafkan terkadang terasa sulit. Namun sesungguhnya dalam meminta maaf ada kebesaran hati.

    ReplyDelete